SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Diatas kesedaran penduduk Kampung Lana Bulu, tentang betapa pentingnya ilmu, satu pemuafakatan telah dibuat. Sekolah mesti didirikan dengan apa cara sekalipun. Akhirnya satu jawatankuasa penaja ditubuhkan yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Husain bin Hassan iaitu Imam Masjid Lana Bulu pada tahun 1944.

Pada tahu 1945, sekolah ini didirikan di tepi Sungai Lana Bulu. Bangunannya yang lebih merupakan sebuah bangsal kayu gelam, beratap nipah dan berdinding buluh. Luas bangunannya lebih kurang 1500 kaki persegi.

Pada tahun 1949, bangunan ini terpaksa dirobohkan bagi perluasan Sungai Lana Bulu. Pada tahun itu juga sebuah bangunan telah didirikan hasil sumbangan orang ramai.

Segala urusan diselenggarakan oleh Badan Pentadbiran Sekolah yang dikenali dengan Jawatankuasa Sekolah Rakyat Lana Bulu sehinggalah pada tahun 1951/1952, pihak kerajaan mula menyalurkan bantuan. Guru Besar pertama ketika itu ialah Encik Ahmad bin Ismail.

Menjelang tahun 1963, sekolah ini mempunyai murid seramai 60 orang dan 3 orang guru. Guru Besar yang memimpin ketika itu ialah Encik Zaini bin Yunus. Pada tahun 1972, bilangan murid meningkat kepada 300 orang, 11 orang guru akademik dan 2 orang guru agama.

Sekolah Kebangsaan Lana Bulu akhirnya bertukar nama. Pada tahun 1974, atas daya usaha Encik Abdul Rahman bin Idris iaitu Guru Besar ketika itu, sekolah ini kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Dato' Sri Syed Ahmad.

Bagi memenuhi tuntutan pembelajaran semasa, sekitar tahun 2003 sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan 10 buah komputer telah siap di bina dan mula beroperasi.

Kemudiannya, pada tahun 2004, sebuah bangunan tambahan pula dibina iaitu bangunan 3 tingkat dengan sebuah dewan terbuka. Seterusnya, pada tahun 2005, 2 kelas prasekolah pula beroperasi.

Dengan segala prasarana yang disediakan di sekolah ini maka lengkaplah sebagai sebuah sekolah yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran anak-anak Kampung Lana Bulu terutamanya.